RSS

Adab Berpakaian

Tajuk yang kita akan bincangkan pada kali ini ialah :


 kali ini Ust Shah akan menerangkan satu tajuk iaitu Adab Berpakaian

Adab berpakaian menurut Islam merangkumi :
- Menutup Aurat
- Sederhana
- Bersih dan kemas
- Warna yang sesuai
- Selesa dan labuh

1. Menutup aurat

Ia berkaitan dengan menutup aurat, pakaian yang dipakai haruslah mengikut piawaian Islam bagi lelaki dari pusat hingga lutut dan bagi perempuan seluruh tubuh kecuali muka dan telapak tangan.
berikut adalah contoh menutup aurat dengan betul dan tidak betul.


2. Sederhana

Dalam berpakaian, Islam menganjurkan supaya kita bersederhana dalam memilih dan memakai sesuatu pakaian. Ia adalah bersangkut paut dengan larangan membazir. Jika membeli pakaian, hendaklah mengikut keperluan dan bukanlah mengikut kehendak atau nafsu.

3. Bersih dan kemas

Islam menganjurkan kita untuk memakai pakaian yang bersih dan kemas. Ini kerana, Allah amat mencintai kepada kebersihan dan Islam juga menitik beratkan soal kebersihan malah kebersihan juga diletak sebagai sebahagian dari Iman. Jika tida dipenuhi, kuranglah Iman seseorang itu.

4. Warna yang sesuai

Dalam berpakaian juga, warna memainkan peranan yang penting. Kita seharusnya memakai pakaian yang mempunyai warna yang sesuai dan sederhana serta tidak terlalu menonjol malah menjadi perhatian ramai. Ini kerana jika kita berpakaian yang terlalu menonjol, orang di sekeliling kita akan memerhati dan akan timbul satu perasaan iaitu riak.


5. Selesa dan labuh

Dalam berpakaian, seharusnya selesa supaya kita selesa dalam melakukan rutin harian. Selain itu, pakaian yang dipakai seharusnya labuh supaya tidak menampakan susuk badan.



Semoga kita dapat memperbaiki cara berpakaian kita supaya lebih baik dan diredhai Allah. Disamping kita menimba ilmu, seeloknya kita beramal. Seperti pepatah arab yang berbunyi, " Ilmu Tanpa Amal ibarat pokok yang tidak berbuah".

Sekian...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment