Pada kali ini kita akan pelajari adab-adab ketika berwuduk :
1.Memulainya dengan sebutan nama Allah s.w.t.
"Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Tidak ada maknanya wuduk yang tidak disebut nama Allah s.w.t (padanya)". (Riwayat Abu Dawud)
"Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Tidak ada maknanya wuduk yang tidak disebut nama Allah s.w.t (padanya)". (Riwayat Abu Dawud)
2.Jangan memukulkan air ke muka dan kepala.
3. Jangan mengirapkan tangan supaya air terpercik
sesudah berwuduk.
4. Tenang dan hadir hati ketika berwuduk kerana
ketenangan dan kekusyukan pada wuduk adalah permulaan bagi kekusyukan dalam
sembahyang.
5. Bersugi setiap kali hendak berwuduk kerana ia dapat
membersihkan mulut sekaligus mendapat keredaan Allah s.w.t
6. Berusaha menyampaikan air wuduk ke dalam
lipatan-lipatan kulit, telapak kaki bahagian belakang (tumit) dan ke
celah-celah jari-jari (tangan dan kaki).
7.
Menyempurnakan wuduk lebih dari sekadar fardu-fardunya seperti menyampaikan air
lebih dari dua siku atau menyampaikan air hingga ke pertengahan betis, istimewa
sekali ketika cuaca sejuk kerana ia adalah cahaya dan perhiasan orang mukmin
pada hari kiamat. "Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
'Sukakah kamu aku tunjukkan amal yang kerananya Allah menghapusakan dosa-dosa (kamu)? Malah Dia meninggikan darjat kamu? 'Para sahabat berkata: "Tentu, ya Rasulullah!" Lalu Nabi berkata: "Menyempurnakan wuduk ketika tidak disukai, memperbanyak langkah kaki (ketika berjalan) ke masjid dan menunggu waktu sembahyang sesudah (menunaikan) sembahyang. Yang demikian adalah ikatan, yang demikian adalah ikatan".
(Riwayat Muslim)
sekian...sebarang persolan boleh diajukan dibawah...tq..
0 comments:
Post a Comment