Pada kali ini, Ust Shah ingin berkongsikan satu tajuk berkenaan Adab seorang anak kepada kedua ibu bapa. bagaimana kita ingin menjadi seorang anak yang soleh dan solehah terutama kepada ibu bapa kita. Jadi, kamu semua boleh mengambil tips-tips yang Uts Shah telah tulis ini. Tajuk ini Ust Shah ambil dari Buku Teks darjah 5 mata pelajaran SRA.
seorang anak seharusnya mendengar arahan dan kata-kata ibu bapa mereka selagi tidak melanggar hukum syarak..
menghormati ibu bapa sangatlah dititik beratkan dalam islam.
mendengar dan mengambil segala nasihat dan teguran serta suruhan ibu bapa dan tidak mengingkarinya.
hendaklah menundukkan sedikit ketika melintasi sedua ibu bapa dengan izin keduanya.
jangan sesekali meninggikan suara kepada ibu bapa, walaupun dengan mengatakan " ah " sekalipun, dosa akan jatuh kepada kita.
sekira ibu bapa memanggil, janganlah diingkari kecuali berada dalam kesulitan atau solat.
untuk keterangan lanjut, sila bertanya kepada Ust tentang maksud "kesulitan" itu.
kamu hendaklah sentiasa mmenuntut keredhaan ibu bapa dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan.
tidak sesekali kamu bermasam muka dihadapan ibu bapa. Ini kerana akan menyebabkan ibu bapa akan berkecil hati terhadap tindakan tersebut.
sebelum Ust Shah mengakhiri pembelajaran pada kali ini, jom kita lihat video ini untuk tatapan semua..
sekian sahaja perkongsian Ust Shah untuk kali ini. Semoga kamu semua dapat sedikit info dan ilmu supaya kamu menjadi seorang anak yang baik akhlak dan sikap terhadap ibu bapa dan sekaligus akan menjadi seorang manusia yang berguna kepada sekuruhnya.
insya Allah... Assalamualaikum..
0 comments:
Post a Comment