RSS

langkah-langkah mengambil wuduk


Pada pertemuan kali ini, Ust Shah akan tunjukkan kepada anda semua langkah-langkah mengambil wuduk yang betul dan mengikut urutan yang betul. Ust Shah menyenaraikan anggota wuduk wajib dan anggota wuduk sunat sekali supaya anda dapat melihatnya dengan teliti dan diharap supaya anda mudah memahaminya.
Berikut adalah Langkah – langkahnya :
1- Membersihkan kotoran yang boleh menghalang air sampai ke kulit
            - Bawah kuku
            - Celah-celah jari tangan dan kaki 
2- Niat
3- Menyapu air ke muka 3X ( wajib )
            - Dari telinga kiri ke telinga kanan
            - Dari anak rambut sehingga bawah dagu

4- Menyapu air ke dua belah tangan 3X ( wajib ) 
            - Dari siku ke hujung jari
5- Menyapu air ke sebahagian kepala 3X ( Wajib )
            - Anak rambut / Sebahagian kepala ( wajib )
            - Keseluruhan kepala ( sunat )
6- Memasukkan air ke dalam hidung ( sunat )
7- Menyapu air ke tengkuk ( sunat )
8- Menyapu air ke telinga ( sunat )

9- Membasuh kaki 3X ( wajib )

            - Dari hujung jari hingga ke buku lali ( wajib )
            - Dari hujung jari hingga ke lutut ( sunat )
10- Tertib
11- Membaca doa selepas wuduk
( Perkataan yang Ust Shah telah gelapkan ialah anggota wuduk yang wajib dan perkataan yang Ust Shah tidak Gelapkan ialah anggota wuduk yang sunat. )

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Adab-adab berwuduk



Pada kali ini kita akan pelajari adab-adab ketika berwuduk :
1.Memulainya dengan sebutan nama Allah s.w.t.
"Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Tidak ada maknanya wuduk yang tidak disebut nama Allah s.w.t (padanya)". (Riwayat Abu Dawud)
2.Jangan memukulkan air ke muka dan kepala.
3. Jangan mengirapkan tangan supaya air terpercik sesudah berwuduk.
4. Tenang dan hadir hati ketika berwuduk kerana ketenangan dan kekusyukan pada wuduk adalah permulaan bagi kekusyukan dalam sembahyang.
5. Bersugi setiap kali hendak berwuduk kerana ia dapat membersihkan mulut sekaligus mendapat keredaan Allah s.w.t
6. Berusaha menyampaikan air wuduk ke dalam lipatan-lipatan kulit, telapak kaki bahagian belakang (tumit) dan ke celah-celah jari-jari (tangan dan kaki). 
7. Menyempurnakan wuduk lebih dari sekadar fardu-fardunya seperti menyampaikan air lebih dari dua siku atau menyampaikan air hingga ke pertengahan betis, istimewa sekali ketika cuaca sejuk kerana ia adalah cahaya dan perhiasan orang mukmin pada hari kiamat.
"Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
'Sukakah kamu aku tunjukkan amal yang kerananya Allah menghapusakan dosa-dosa (kamu)? Malah Dia meninggikan darjat kamu? 'Para sahabat berkata: "Tentu, ya Rasulullah!" Lalu Nabi berkata: "Menyempurnakan wuduk ketika tidak disukai, memperbanyak langkah kaki (ketika berjalan) ke masjid dan menunggu waktu sembahyang sesudah (menunaikan) sembahyang. Yang demikian adalah ikatan, yang demikian adalah ikatan".
(Riwayat Muslim)


sekian...sebarang persolan boleh diajukan dibawah...tq..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berwuduk





Tajuk yang kita ingin bincangkan pada kali ini adalah tentang cara-cara berwuduk :


Diriwayatkan daripada Humran r.a katanya: Sayidina Othman bin Affan r.a telah meminta air untuk berwuduk, setelah memperolehi air beliau terus membasuh dua tangan sebanyak tiga kali, kemudian berkumur-kumur serta memasuk dan mengeluarkan air dari hidung. Kemudian beliau membasuh muka sebanyak tiga kali dan membasuh tangan kanannya hingga ke paras siku sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau membasuh tangan kirinya sama seperti beliau membasuh tangan kanan kemudian menyapu kepalanya dan membasuh kaki kanan hingga ke paras buku lali sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau membasuh kaki kiri, sama seperti membasuh kaki kanannya. Kemudian Sayidina Othman r.a berkata: Aku pernah melihat Rasulullah s.a.w berwuduk seperti cara aku berwuduk. Aku juga telah mendengar baginda s.a.w bersabda: Sesiapa yang mengambil wuduk seperti cara aku berwuduk kemudian dia mendirikan sembahyang dua rakaat dan tidak berkata-kata antara wuduk dan sembahyang, maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.
sebarang persolan sila postkan di bawah ;

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Adab Berpakaian

Tajuk yang kita akan bincangkan pada kali ini ialah :


 kali ini Ust Shah akan menerangkan satu tajuk iaitu Adab Berpakaian

Adab berpakaian menurut Islam merangkumi :
- Menutup Aurat
- Sederhana
- Bersih dan kemas
- Warna yang sesuai
- Selesa dan labuh

1. Menutup aurat

Ia berkaitan dengan menutup aurat, pakaian yang dipakai haruslah mengikut piawaian Islam bagi lelaki dari pusat hingga lutut dan bagi perempuan seluruh tubuh kecuali muka dan telapak tangan.
berikut adalah contoh menutup aurat dengan betul dan tidak betul.


2. Sederhana

Dalam berpakaian, Islam menganjurkan supaya kita bersederhana dalam memilih dan memakai sesuatu pakaian. Ia adalah bersangkut paut dengan larangan membazir. Jika membeli pakaian, hendaklah mengikut keperluan dan bukanlah mengikut kehendak atau nafsu.

3. Bersih dan kemas

Islam menganjurkan kita untuk memakai pakaian yang bersih dan kemas. Ini kerana, Allah amat mencintai kepada kebersihan dan Islam juga menitik beratkan soal kebersihan malah kebersihan juga diletak sebagai sebahagian dari Iman. Jika tida dipenuhi, kuranglah Iman seseorang itu.

4. Warna yang sesuai

Dalam berpakaian juga, warna memainkan peranan yang penting. Kita seharusnya memakai pakaian yang mempunyai warna yang sesuai dan sederhana serta tidak terlalu menonjol malah menjadi perhatian ramai. Ini kerana jika kita berpakaian yang terlalu menonjol, orang di sekeliling kita akan memerhati dan akan timbul satu perasaan iaitu riak.


5. Selesa dan labuh

Dalam berpakaian, seharusnya selesa supaya kita selesa dalam melakukan rutin harian. Selain itu, pakaian yang dipakai seharusnya labuh supaya tidak menampakan susuk badan.



Semoga kita dapat memperbaiki cara berpakaian kita supaya lebih baik dan diredhai Allah. Disamping kita menimba ilmu, seeloknya kita beramal. Seperti pepatah arab yang berbunyi, " Ilmu Tanpa Amal ibarat pokok yang tidak berbuah".

Sekian...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS