RSS

Puasa

Apa khabar murid-murid yang ust kasihi sekelian? ust harap murid-murid semua sihat sejahtera hendaknya. Insya Allah...kali ini ust ingin berkongsikan satu ilmu yang bertajuk


 Adakah kamu semua tahu dan sudah menghafal maksud puasa secara umumnya? jika kamu semua belum mengetahui dan belum menghafal maksud puasa, kamu bolehlah membaca dan menghafal maksud ringkas mengenai puasa dibawah ini.


setelah kita mengetahui apakah maksud puasa secara umumnya, kita mestilah mengetahui jenis-jenis puasa pula. Tidak semua hari,bulan dan tahun kita boleh berpuasa. jadi bagi memberikan lebih kefahaman kepada kamu semua, ust shah telah membahagikan kepada 4 pembahagian puasa iaitu puasa yang wajib, sunat, makruh dan haram kita lakukan. 


berikut adalah waktu-waktu yang wajib kita puasa dan sunat kita berpuasa


berikut adalah waktu yang makruh kita berpuasa dan haram untuk kita berpuasa. 


semasa kita berpuasa, terdapat pelbagai perkara yang ditegah ( dilarang ) untuk dilakukan semasa berpuasa dan perkara tersebut boleh membatalkan pahala puasa malahan boleh juga membatalkan puasa.
berikut merupakan perkara yang dilarang ketika berpuasa secara umumnya

semasa kita berpuasa, terdapat pelbagai perkara yang disunatkan untuk kita lakukan dan ia boleh menambahkan pahala puasa dan juga dapat menjadikan puasa yang kita lakukan adalah puasa yang diterima oleh Allah SWT. Insya Allah. berikut merupakan antara amalan dan perlakuan yang baik ketika berpuasa secara umumnya. 


Sampai disini sahaja perkongsian ilmu untuk kali ini. Jika terdapat apa-apa persoalan tentang tajuk yang ust kongsikan pada kali ini, bolehlah menulisnya di komen yang terdapat dibawah atau boleh juga dibawa persoalan tersebut kedalam kelas untuk sesi perbincangan bersama Ust Shah nanti. segala kesilapan dan kekurangan itu datangnya dari diri ini yang leka dan lalai dan segala kebaikan dan kesempurnaan itu datang dari Allah SWT yang maha sempurna lagi maha agung tuhan sekelian alam. Sekian.. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sifat 20 Allah SWT

Assalamualaikum murid-murid dan pengunjung sekelian..
pada kali ini, Ust Shah akan menceritakan pula satu tajuk iaitu sifat 20 Allah SWT.
dibawah ini, Ust Shah berikan 20 sifat Allah SWT bersama maksudnya sekali..
murid-murid boleh baca dan cuba untuk fahaminya.

1. Wujud ertinya ada
2. Qidam ertinya sedia
3. Baqa ertinya kekal
4. Muhalafah tu hu Lil Hawadith ertinya menyalahi bagai segala yang baharu
5. Qiyamuhu ni Nafsihi ertinya berdiri dengan sendirinya
6. Wahdaniat ertinya esa (tunggal)
7. Qudrat ertinya berkuasa
8. Iradat ertinya berkehendak
9. Ilmun ertinya mengetahui
10. Hayatun ertinya hidup
11. Samiun ertinya mendengar
12. Basarun ertinya melihat
13. Kalamun ertinya berkata-kata
14. Kaunuhu Taala Qadiran ertinya yang berkuasa
15. Kaunuhu Taala Muridan ertinya yang berkehendak
16. Kaunuhu Taala A'liman ertinya yang mengetahui
17. Kaunuhu Taala Hayyan ertinya yang hidup
18. Kaunuhu Taala Samian ertinya yang mendengar
19. Kaunuhu Taala Basiran ertinya yang melihat
20. Kaunuhu Taala Mutakaliman ertinya yang berkata-kata

bagi pengertian dan kefahaman untuk semua sifat 20 Allah SWT dan maksud di atas, Ust Shah akan terangkan di dalam kelas nanti dan segala persoalan bolehlah di tanya sewaktu sesi pembelajaran didalam kelas nanti atau boleh diajukan diruang komen yang berada dibawah.

baiklah murid-murid sekelian, untuk memudahkan kamu semua dapat menghafal sifat 20 Allah SWT ini, Ust Shah sertakan sekali satu video klip sifat 20 Allah SWT yang dinyayikan oleh kawan-kawan kita. murid-murid boleh mengikut perlahan-lahan dan cuba untuk menghafalnya.


sekian sahaja untuk pembelajaran pada kali ini, Ust Shah harap murid-murid sekelian dapat sedikit sebanyak maklumat yang berguna dan dalam masa yang sama dapat membuat persediaan sebelum masuk ke dalam kelas Ust Shah nanti. Selamat belajar..
Assalamualaikum murid-murid..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Doa ringkas selepas solat fardhu ( BM )



Assalamualaikum, kali ini Ust Shah ingin berkongsi dengan kamu semua doa selepas solat fardhu. tetapi kali ini Ust Shah kongsikan doa dalam bahasa Melayu. Doa yang kita pinta kepada Allah haruslah kita fahami, bukan hanya dihafal dan dibaca tanpa memahami maksud sebenar doa yang kita sampaikan kepada Allah. Sekiranya kita memahami doaa yang kita baca, maka doa itu cepat makbulnya. Insya Allah..



Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman. 


Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil. 



Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. 



Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. 






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Doa ringkas selepas solat fardhu ( Arab )


Assalamualaikum semua..
Pada kali ini kita akan belajar doa ringkas selepas solat.
Doa adalah satu kuasa bagi ummat islam dan jika ditinggalkan, ibarat seseorang itu sombong kepada Allah. Allah amat suka memdengar permohonan hambanya, dan setiap doa akan dikabulkan sekiranya kita tidak jemu-jemu untuk berdoa kepada Allah. mari membaca dan hafal doa dibawah ini.






video suara..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

cara mudah menghafal makna Surah Al-Fatehah

Assalamualaikum semua,
Hari ini ust shah ingin berkongsi satu ilmu iaitu cara mudah untuk menghafal makna surah Al-Fatehah
supaya mudah diamalkan dan dapat memambah kekhusu'kan dalam solat.
Dibawah ini terdapat sebuah video nasyid yang bertajuk senandung Al-Fatehah.
Disamping anda menasyidkan lagu senandung Al-Fatehah ini, anda bolehlah menghafalnya sekali,
ini kerana lirik yang disampaikan adalah terjemahan dari Surah Al-Fatehah itu sendiri.
selamat menonton dan menghafal makna Surah Al-fatehah. 



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rukun Solat Fardhu


RUKUN SOLAT FARDHU
Kali ini, Ust Shah akan menulis tentang rukun yang terdapat di dalam solat fardhu.
Rukun yang terdapat di dalam solat fardhu ialah
Berikut adalah rukun-rukunnya :

1 – Berdiri betul / Menhadap kiblat

2 - Niat



3 - Takbiratul ihram



 4 - membaca alfatehah pada setiap rakaat


 5 –Rukuk dengan toma’ ninah




6 – iktidal dengan toma’ ninah

7 – Sujud dua kali toma’ ninah

8 – Duduk antara dua sujut dengan toma’ ninah

9 – Duduk tasyahud akhir dengan toma`ninah




10 - Membaca Tahyat akhir



11 - Membaca selawat ke atas nabi pada Tahyat akhir


12 - Salam pertama


13 – tertib ertinya mengikut urutan dalam mengerjakan rukun-rukun tersebut
Ust Shah harap, anda semua dapat memahami dan mengamalkan apa yang telah anda pelajari pada kali ini. Semoga dirahmati oleh Allah hendaknya. Sekian..
Sebarang persoalan sila tulis di ruang yang telah disediakan di bawah..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

langkah-langkah mengambil wuduk


Pada pertemuan kali ini, Ust Shah akan tunjukkan kepada anda semua langkah-langkah mengambil wuduk yang betul dan mengikut urutan yang betul. Ust Shah menyenaraikan anggota wuduk wajib dan anggota wuduk sunat sekali supaya anda dapat melihatnya dengan teliti dan diharap supaya anda mudah memahaminya.
Berikut adalah Langkah – langkahnya :
1- Membersihkan kotoran yang boleh menghalang air sampai ke kulit
            - Bawah kuku
            - Celah-celah jari tangan dan kaki 
2- Niat
3- Menyapu air ke muka 3X ( wajib )
            - Dari telinga kiri ke telinga kanan
            - Dari anak rambut sehingga bawah dagu

4- Menyapu air ke dua belah tangan 3X ( wajib ) 
            - Dari siku ke hujung jari
5- Menyapu air ke sebahagian kepala 3X ( Wajib )
            - Anak rambut / Sebahagian kepala ( wajib )
            - Keseluruhan kepala ( sunat )
6- Memasukkan air ke dalam hidung ( sunat )
7- Menyapu air ke tengkuk ( sunat )
8- Menyapu air ke telinga ( sunat )

9- Membasuh kaki 3X ( wajib )

            - Dari hujung jari hingga ke buku lali ( wajib )
            - Dari hujung jari hingga ke lutut ( sunat )
10- Tertib
11- Membaca doa selepas wuduk
( Perkataan yang Ust Shah telah gelapkan ialah anggota wuduk yang wajib dan perkataan yang Ust Shah tidak Gelapkan ialah anggota wuduk yang sunat. )

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS