RSS

Doa ringkas selepas solat fardhu ( BM )



Assalamualaikum, kali ini Ust Shah ingin berkongsi dengan kamu semua doa selepas solat fardhu. tetapi kali ini Ust Shah kongsikan doa dalam bahasa Melayu. Doa yang kita pinta kepada Allah haruslah kita fahami, bukan hanya dihafal dan dibaca tanpa memahami maksud sebenar doa yang kita sampaikan kepada Allah. Sekiranya kita memahami doaa yang kita baca, maka doa itu cepat makbulnya. Insya Allah..



Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman. 


Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil. 



Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. 



Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. 






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Doa ringkas selepas solat fardhu ( Arab )


Assalamualaikum semua..
Pada kali ini kita akan belajar doa ringkas selepas solat.
Doa adalah satu kuasa bagi ummat islam dan jika ditinggalkan, ibarat seseorang itu sombong kepada Allah. Allah amat suka memdengar permohonan hambanya, dan setiap doa akan dikabulkan sekiranya kita tidak jemu-jemu untuk berdoa kepada Allah. mari membaca dan hafal doa dibawah ini.






video suara..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

cara mudah menghafal makna Surah Al-Fatehah

Assalamualaikum semua,
Hari ini ust shah ingin berkongsi satu ilmu iaitu cara mudah untuk menghafal makna surah Al-Fatehah
supaya mudah diamalkan dan dapat memambah kekhusu'kan dalam solat.
Dibawah ini terdapat sebuah video nasyid yang bertajuk senandung Al-Fatehah.
Disamping anda menasyidkan lagu senandung Al-Fatehah ini, anda bolehlah menghafalnya sekali,
ini kerana lirik yang disampaikan adalah terjemahan dari Surah Al-Fatehah itu sendiri.
selamat menonton dan menghafal makna Surah Al-fatehah. 



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rukun Solat Fardhu


RUKUN SOLAT FARDHU
Kali ini, Ust Shah akan menulis tentang rukun yang terdapat di dalam solat fardhu.
Rukun yang terdapat di dalam solat fardhu ialah
Berikut adalah rukun-rukunnya :

1 – Berdiri betul / Menhadap kiblat

2 - Niat



3 - Takbiratul ihram



 4 - membaca alfatehah pada setiap rakaat


 5 –Rukuk dengan toma’ ninah




6 – iktidal dengan toma’ ninah

7 – Sujud dua kali toma’ ninah

8 – Duduk antara dua sujut dengan toma’ ninah

9 – Duduk tasyahud akhir dengan toma`ninah




10 - Membaca Tahyat akhir



11 - Membaca selawat ke atas nabi pada Tahyat akhir


12 - Salam pertama


13 – tertib ertinya mengikut urutan dalam mengerjakan rukun-rukun tersebut
Ust Shah harap, anda semua dapat memahami dan mengamalkan apa yang telah anda pelajari pada kali ini. Semoga dirahmati oleh Allah hendaknya. Sekian..
Sebarang persoalan sila tulis di ruang yang telah disediakan di bawah..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

langkah-langkah mengambil wuduk


Pada pertemuan kali ini, Ust Shah akan tunjukkan kepada anda semua langkah-langkah mengambil wuduk yang betul dan mengikut urutan yang betul. Ust Shah menyenaraikan anggota wuduk wajib dan anggota wuduk sunat sekali supaya anda dapat melihatnya dengan teliti dan diharap supaya anda mudah memahaminya.
Berikut adalah Langkah – langkahnya :
1- Membersihkan kotoran yang boleh menghalang air sampai ke kulit
            - Bawah kuku
            - Celah-celah jari tangan dan kaki 
2- Niat
3- Menyapu air ke muka 3X ( wajib )
            - Dari telinga kiri ke telinga kanan
            - Dari anak rambut sehingga bawah dagu

4- Menyapu air ke dua belah tangan 3X ( wajib ) 
            - Dari siku ke hujung jari
5- Menyapu air ke sebahagian kepala 3X ( Wajib )
            - Anak rambut / Sebahagian kepala ( wajib )
            - Keseluruhan kepala ( sunat )
6- Memasukkan air ke dalam hidung ( sunat )
7- Menyapu air ke tengkuk ( sunat )
8- Menyapu air ke telinga ( sunat )

9- Membasuh kaki 3X ( wajib )

            - Dari hujung jari hingga ke buku lali ( wajib )
            - Dari hujung jari hingga ke lutut ( sunat )
10- Tertib
11- Membaca doa selepas wuduk
( Perkataan yang Ust Shah telah gelapkan ialah anggota wuduk yang wajib dan perkataan yang Ust Shah tidak Gelapkan ialah anggota wuduk yang sunat. )

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Adab-adab berwuduk



Pada kali ini kita akan pelajari adab-adab ketika berwuduk :
1.Memulainya dengan sebutan nama Allah s.w.t.
"Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Tidak ada maknanya wuduk yang tidak disebut nama Allah s.w.t (padanya)". (Riwayat Abu Dawud)
2.Jangan memukulkan air ke muka dan kepala.
3. Jangan mengirapkan tangan supaya air terpercik sesudah berwuduk.
4. Tenang dan hadir hati ketika berwuduk kerana ketenangan dan kekusyukan pada wuduk adalah permulaan bagi kekusyukan dalam sembahyang.
5. Bersugi setiap kali hendak berwuduk kerana ia dapat membersihkan mulut sekaligus mendapat keredaan Allah s.w.t
6. Berusaha menyampaikan air wuduk ke dalam lipatan-lipatan kulit, telapak kaki bahagian belakang (tumit) dan ke celah-celah jari-jari (tangan dan kaki). 
7. Menyempurnakan wuduk lebih dari sekadar fardu-fardunya seperti menyampaikan air lebih dari dua siku atau menyampaikan air hingga ke pertengahan betis, istimewa sekali ketika cuaca sejuk kerana ia adalah cahaya dan perhiasan orang mukmin pada hari kiamat.
"Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
'Sukakah kamu aku tunjukkan amal yang kerananya Allah menghapusakan dosa-dosa (kamu)? Malah Dia meninggikan darjat kamu? 'Para sahabat berkata: "Tentu, ya Rasulullah!" Lalu Nabi berkata: "Menyempurnakan wuduk ketika tidak disukai, memperbanyak langkah kaki (ketika berjalan) ke masjid dan menunggu waktu sembahyang sesudah (menunaikan) sembahyang. Yang demikian adalah ikatan, yang demikian adalah ikatan".
(Riwayat Muslim)


sekian...sebarang persolan boleh diajukan dibawah...tq..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berwuduk





Tajuk yang kita ingin bincangkan pada kali ini adalah tentang cara-cara berwuduk :


Diriwayatkan daripada Humran r.a katanya: Sayidina Othman bin Affan r.a telah meminta air untuk berwuduk, setelah memperolehi air beliau terus membasuh dua tangan sebanyak tiga kali, kemudian berkumur-kumur serta memasuk dan mengeluarkan air dari hidung. Kemudian beliau membasuh muka sebanyak tiga kali dan membasuh tangan kanannya hingga ke paras siku sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau membasuh tangan kirinya sama seperti beliau membasuh tangan kanan kemudian menyapu kepalanya dan membasuh kaki kanan hingga ke paras buku lali sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau membasuh kaki kiri, sama seperti membasuh kaki kanannya. Kemudian Sayidina Othman r.a berkata: Aku pernah melihat Rasulullah s.a.w berwuduk seperti cara aku berwuduk. Aku juga telah mendengar baginda s.a.w bersabda: Sesiapa yang mengambil wuduk seperti cara aku berwuduk kemudian dia mendirikan sembahyang dua rakaat dan tidak berkata-kata antara wuduk dan sembahyang, maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.
sebarang persolan sila postkan di bawah ;

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS