Pada kali ini kita akan belajar doa ringkas selepas solat.
Doa adalah satu kuasa bagi ummat islam dan jika ditinggalkan, ibarat seseorang itu sombong kepada Allah. Allah amat suka memdengar permohonan hambanya, dan setiap doa akan dikabulkan sekiranya kita tidak jemu-jemu untuk berdoa kepada Allah. mari membaca dan hafal doa dibawah ini.
Pada pertemuan kali ini, Ust Shah akan tunjukkan kepada anda semua
langkah-langkah mengambil wuduk yang betul dan mengikut urutan yang betul. Ust
Shah menyenaraikan anggota wuduk wajib dan anggota wuduk sunat sekali supaya
anda dapat melihatnya dengan teliti dan diharap supaya anda mudah memahaminya.
Berikut adalah Langkah – langkahnya :
1- Membersihkan kotoran yang boleh menghalang air sampai ke kulit
- Bawah kuku
- Celah-celah jari
tangan dan kaki
2- Niat
3- Menyapu air ke muka 3X ( wajib )
- Dari telinga kiri ke
telinga kanan
- Dari anak rambut
sehingga bawah dagu
4- Menyapu air ke dua belah tangan 3X ( wajib )
- Dari siku ke hujung
jari
5- Menyapu air ke sebahagian kepala 3X ( Wajib )
- Anak rambut / Sebahagian kepala ( wajib )
- Keseluruhan kepala (
sunat )
6- Memasukkan air ke dalam hidung ( sunat )
7- Menyapu air ke tengkuk ( sunat )
8- Menyapu air ke telinga ( sunat )
9- Membasuh kaki 3X ( wajib )
- Dari hujung jari
hingga ke buku lali ( wajib )
- Dari hujung jari
hingga ke lutut ( sunat )
10- Tertib
11- Membaca doa selepas wuduk
( Perkataan yang Ust Shah telah gelapkan ialah anggota wuduk yang wajib
dan perkataan yang Ust Shah tidak Gelapkan ialah anggota wuduk yang sunat. )
Pada kali ini kita akan pelajari adab-adab ketika berwuduk :
1.Memulainya dengan sebutan nama Allah s.w.t. "Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah
s.a.w bersabda: "Tidak ada maknanya wuduk yang tidak disebut nama Allah
s.w.t (padanya)". (Riwayat Abu Dawud)
2.Jangan memukulkan air ke muka dan kepala.
3. Jangan mengirapkan tangan supaya air terpercik
sesudah berwuduk.
4. Tenang dan hadir hati ketika berwuduk kerana
ketenangan dan kekusyukan pada wuduk adalah permulaan bagi kekusyukan dalam
sembahyang.
5. Bersugi setiap kali hendak berwuduk kerana ia dapat
membersihkan mulut sekaligus mendapat keredaan Allah s.w.t
6. Berusaha menyampaikan air wuduk ke dalam
lipatan-lipatan kulit, telapak kaki bahagian belakang (tumit) dan ke
celah-celah jari-jari (tangan dan kaki).
7.
Menyempurnakan wuduk lebih dari sekadar fardu-fardunya seperti menyampaikan air
lebih dari dua siku atau menyampaikan air hingga ke pertengahan betis, istimewa
sekali ketika cuaca sejuk kerana ia adalah cahaya dan perhiasan orang mukmin
pada hari kiamat. "Daripada
Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: 'Sukakah kamu aku tunjukkan amal yang kerananya Allah menghapusakan
dosa-dosa (kamu)? Malah Dia meninggikan darjat kamu? 'Para sahabat berkata:
"Tentu, ya Rasulullah!" Lalu Nabi berkata: "Menyempurnakan wuduk
ketika tidak disukai, memperbanyak langkah kaki (ketika berjalan) ke masjid dan
menunggu waktu sembahyang sesudah (menunaikan) sembahyang. Yang demikian adalah
ikatan, yang demikian adalah ikatan".
(Riwayat Muslim)
sekian...sebarang persolan boleh diajukan dibawah...tq..
Tajuk yang kita ingin bincangkan pada kali ini adalah tentang cara-cara berwuduk :
Diriwayatkan daripada Humran r.a
katanya: Sayidina Othman bin Affan r.a telah meminta air untuk berwuduk,
setelah memperolehi air beliau terus membasuh dua tangan sebanyak tiga kali,
kemudian berkumur-kumur serta memasuk dan mengeluarkan air dari hidung. Kemudian
beliau membasuh muka sebanyak tiga kali dan membasuh tangan kanannya hingga ke
paras siku sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau membasuh tangan kirinya sama
seperti beliau membasuh tangan kanan kemudian menyapu kepalanya dan membasuh
kaki kanan hingga ke paras buku lali sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau
membasuh kaki kiri, sama seperti membasuh kaki kanannya. Kemudian Sayidina
Othman r.a berkata: Aku pernah melihat Rasulullah s.a.w berwuduk seperti cara
aku berwuduk. Aku juga telah mendengar baginda s.a.w bersabda: Sesiapa yang
mengambil wuduk seperti cara aku berwuduk kemudian dia mendirikan sembahyang
dua rakaat dan tidak berkata-kata antara wuduk dan sembahyang, maka Allah akan
mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.