RSS

Sifat 20 Allah SWT

Assalamualaikum murid-murid dan pengunjung sekelian..
pada kali ini, Ust Shah akan menceritakan pula satu tajuk iaitu sifat 20 Allah SWT.
dibawah ini, Ust Shah berikan 20 sifat Allah SWT bersama maksudnya sekali..
murid-murid boleh baca dan cuba untuk fahaminya.

1. Wujud ertinya ada
2. Qidam ertinya sedia
3. Baqa ertinya kekal
4. Muhalafah tu hu Lil Hawadith ertinya menyalahi bagai segala yang baharu
5. Qiyamuhu ni Nafsihi ertinya berdiri dengan sendirinya
6. Wahdaniat ertinya esa (tunggal)
7. Qudrat ertinya berkuasa
8. Iradat ertinya berkehendak
9. Ilmun ertinya mengetahui
10. Hayatun ertinya hidup
11. Samiun ertinya mendengar
12. Basarun ertinya melihat
13. Kalamun ertinya berkata-kata
14. Kaunuhu Taala Qadiran ertinya yang berkuasa
15. Kaunuhu Taala Muridan ertinya yang berkehendak
16. Kaunuhu Taala A'liman ertinya yang mengetahui
17. Kaunuhu Taala Hayyan ertinya yang hidup
18. Kaunuhu Taala Samian ertinya yang mendengar
19. Kaunuhu Taala Basiran ertinya yang melihat
20. Kaunuhu Taala Mutakaliman ertinya yang berkata-kata

bagi pengertian dan kefahaman untuk semua sifat 20 Allah SWT dan maksud di atas, Ust Shah akan terangkan di dalam kelas nanti dan segala persoalan bolehlah di tanya sewaktu sesi pembelajaran didalam kelas nanti atau boleh diajukan diruang komen yang berada dibawah.

baiklah murid-murid sekelian, untuk memudahkan kamu semua dapat menghafal sifat 20 Allah SWT ini, Ust Shah sertakan sekali satu video klip sifat 20 Allah SWT yang dinyayikan oleh kawan-kawan kita. murid-murid boleh mengikut perlahan-lahan dan cuba untuk menghafalnya.


sekian sahaja untuk pembelajaran pada kali ini, Ust Shah harap murid-murid sekelian dapat sedikit sebanyak maklumat yang berguna dan dalam masa yang sama dapat membuat persediaan sebelum masuk ke dalam kelas Ust Shah nanti. Selamat belajar..
Assalamualaikum murid-murid..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment